Welcome

Ingin Berkongsi Cerita?

Saya merupakan wanita yang berumur 28 tahun yang mengalami jangkitan pundi kencing.

Ketahui lagi

just an icon

Mitos

Mitos 1 –Lemah Kawalan Kencing adalah sejenis penyakit

Lemah kawalan kencing bukan satu penyakit; ia merupakan simptom atau kesan sampingan daripada masalah kesihatan yang lain. Oleh itu, amat penting untuk mendapatkan nasihat doktor atau pakar kesihatan jika anda mengalami masalah lemah kawalan kencing. Merawat penyakit yang dialami kadang kala boleh mengurangkan masalah lemah kawalan kencing.

Mitos 2 – Hanya wanita berusia mengalaminya!

Di Malaysia, 1 dalam 4 wanita mengalami masalah lemah kawalan kencing. Wanita mengalaminya 8-9 kali lebih kerap berbanding lelaki. Dianggarkan 10% daripada 65 orang lelaki menderita daripada masalah ini.

Masalah ini kerap dialami oleh wanita yang baru melahirkan anak.

Lebih kurang 7% kanak-kanak berusia 5-11 tahun mengalami keadaan ‘kencing malam’. Kanak-kanak ini juga mungkin akan menghadapi inkontinens jenis desakan kelak jika mereka tidak mendapat rawatan yang baik.

Mitos 3 – “Ia tidak akan bertambah teruk” atau “Ia akan pulih dengan sendiri”

Wanita yang mengalami masalah lemah kawalan kencing mungkin mengalami simptom yang semakin teruk dari masa ke semasa. Simptom-simptom ini tidak akan hilang dengan sendiri.

Terdapat pelbagai kaedah yang boleh membantu masalah lemah kawalan kencing. Anda hanya perlu tahu di mana untuk mendapatkan pertolongan. Doktor atau pakar kesihatan merupakan orang yang paling penting untuk anda rujuk. Jika anda rasa mereka masih tidak dapat membantu, anda juga boleh merujuk kepada ahli fisioterapi atau pakar kesihatan yang lain.

Mitos 4 – Kurang minum air dapat membantu

Jika anda kurang minum air, kepekatan air kencing anda akan meningkat dan boleh menyebabkan iritasi pada pundi kencing dan menyebabkan masalah yang lebih teruk seperti jangkitan penyakit dan dehidrasi. Di samping itu, pengurangan pengambilan cecair juga boleh menyebabkan masalah sembelit yang boleh memburukkan keadaan.

Mitos 5 – Produk perlindungan untuk masalah lemah kawalan kencing tidak boleh disembunyikan

Kemajuan teknologi membolehkan penghasilan tuala wanita yang nipis dan tidak menonjol berbanding tuala wanita dahulu yang tebal dan besar. Produk Poise® direka khas untuk menyerap air kencing, menghilangkan bau, dan memastikan kulit anda kering. Liner dan pad biasa tidak mampu memberi perlindungan bagi masalah lemah kawalan kencing.

Mitos 6 – Sudah tiba masanya untuk mengurangkan aktiviti atau menukar rutin harian

Anda pasti inginkan masalah lemah kawalan kencing ini dijauhi untuk membolehkan anda melakukan aktiviti yang anda gemari.

Masalah lemah kawalan kencing sememangnya boleh diubati dan diurus. Adalah penting untuk anda meneruskan aktiviti harian anda termasuk bersenam dan bersukan. Mengekalkan aktiviti senaman harian anda boleh membantu mengelakkan tambahan berat badan yang boleh menyebabkan kesukaran dalam pengurusan masalah lemah kawalan kencing.

Produk-produk Poise® boleh membantu anda meneruskan aktiviti harian anda seperti biasa. Liners dan Pads untuk maklumat lanjut.