Welcome

Tidak jumpa jawapan yang anda cari?

Tanya pakar kami

just an icon

Poise® memberikan anda peluang untuk bertanya soalan kepada pakar kami mengenai masalah lemah kawalan kencing.





Dr Peter Ng merupakan seorang perunding pakar bedah Urology di salah sebuah hospital swasta yang aktif melibatkan diri dalam pendidikan kesihatan komuniti selama beberapa tahun. Beliau telah berkali-kali muncul di corong-corong radio, televisyen dan forum-forum umum. Beliau juga merupakan Presiden Continence Foundation of Malaysia dan bekas Setiausaha Malaysian Urological Association.




Anda juga boleh membaca soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh mereka yang lain yang telah dijawab.

Soalan dan Jawapan

  • S: Mengapakah saya tidak boleh menahan air kencing dan kadangkala terkucil? Beberapa minggu yang lalu saya sering ke tandas dan ada seketika saya terkucil apabila saya fikir saya mampu menahannya. Di hari lain ia tidak berlaku. -Kristy

    J: Kristy, terdapat berbagai-bagai sebab berlakunya lemah kawalan kencing termasuklah apabila anda mengalami infeksi pada pundin kencing atau keadaan otot lantai pelvik yang lemah. Jika punca lemah kawalan kencing ini disebabkan oleh infeksi dan dirawat, masalah ini akan sembuh. Anda juga hendaklah melakukan senaman otot lantai pelvik untuk memastikan ianya kuat. Ketahui lebih lanjut mengenai senaman untuk otot lantai pelvik anda dengan melayari:

    www.poise.com.my/bladder-control/pelvic-floor-exercise/

  • S: Bagaimanakah cara untuk melakukan senaman otot lantai pelvik? -Janet

    J: Janet, di dalam laman web Poise, kami telah menyediakan pelbagai informasi tentang otot lantai pelvik dan panduan untuk melakukan senaman otot lantai pelvik. Untuk maklumat lanjut, layari:

    http://www.poise.com.my/bladder-control/pelvic-floor-exercise/

  • S: Berapa lamakah pad Poise dapat bertahan? -Sarah C

    J: Sarah, kekerapan seseorang untuk bertukar pad mereka bergantung kepada individu tersebut. Sesetengah wanita memilih untuk menukarnya sejurus setelah mereka terkucil sedikit dan ada juga yang memilih untuk menukarnya apabila pad sudah lembap sepenuhnya.

    Poise mempunyai pelbagai produk yang memiliki kadar serapan yang berbeza seperti yang tertera pada bungkusan dengan anggaran 50ml untuk setiap titisan air. Hal ini membolehkan anda memilih produk yang sesuai dengan diri anda. Jika anda memiliki kulit yang sensitif, anda seelok-eloknya menukar pad anda dengan lebih kerap lagi.