Wanita tidak kira muda atau tua mengalami masalah
lemah kawalan kencing. Terdapat pelbagai sebab yang
boleh menyebabkan wanita menghadapi masalah ini.
Tip-tip Nutrisi dan Gaya Hidup
Mungkin ia tidak kelihatan seksi tapiā¦
Buang air kecil setelah anda melakukan persetubuhan. Hal ini
sekali gus mengalirkan keluar bakteria yang memasuki uretra anda lantas mengelakkan
daripada sebarang infeksi. Kemudian, bersihkan kawasan di sekeliling uretra tersebut.
Peraturan pemakanan
Segelintir makanan boleh mengganggu pundi kencing anda. Buah-buahan sitrus,
tomato dan makanan pedas akan memberikan kesan buruk kepada pundi kencing anda. Anda akan mendapat tahu makanan apa
yang mengganggu masalah lemah kawalan kencing anda dengan membuat satu
diari pundi kencing.
Segelas cukup banyak
Alkohol dan kafein sememangnya menjadi satu keperluan dalam kehidupan wanita. Kedua-duanya boleh memburukkan
keadaan pundi kencing di samping membuatkan badan anda dehidrasi. Pastikan anda minum air dengan kuantiti
yang banyak tidak kira masa. Adalah lebih baik jika anda minum satu gelas air kosong untuk setiap gelas
air kopi atau minuman alkohol yang anda minum. Anda pasti akan berasa puas hati dengan hasilnya kelak.
Makan makanan yang baik
Makan makanan yang bernutrisi tinggi, termasuklah serat untuk kebaikan usus, protein untuk kebaikan otot-otot
dan minum air dengan banyak (1.5 liter sehari) untuk memastikan kelancaran sistem dalaman anda. Mereka yang
mengamalkan pemakanan sebegini akan menjadi lebih sihat, panjang umur dan mengurangkan risiko daripada
menghidap penyakit seperti kencing manis (punca utama bagi masalah lemah kawalan kencing).
Jaga tubuh penting anda
Lap dari depan ke belakang dan basuh kemaluan anda setiap kali selepas mandi.