Welcome

Tidak jumpa jawapan yang anda cari?

Tanya pakar kami

just an icon

Poise® memberikan anda peluang untuk bertanya soalan kepada pakar kami mengenai masalah lemah kawalan kencing.





Dr Peter Ng merupakan seorang perunding pakar bedah Urology di salah sebuah hospital swasta yang aktif melibatkan diri dalam pendidikan kesihatan komuniti selama beberapa tahun. Beliau telah berkali-kali muncul di corong-corong radio, televisyen dan forum-forum umum. Beliau juga merupakan Presiden Continence Foundation of Malaysia dan bekas Setiausaha Malaysian Urological Association.




Anda juga boleh merujuk kepada jawapan pakar kami pada soalan-soalan yang pernah ditanya oleh wanita lain sebelum ini.

Soalan dan Jawapan

  • S: Saya merupakan ibu kepada 2 orang anak dan mengalami masalah kawalan ini – bolehkah saya menimang anak lagi? Saya berumur 28 tahun dan mempunyai 2 orang anak yang berumur 3 tahun dan 16 bulan. Saya mempunyai sedikit masalah mengenai lemah kawalan kencing ini apabila pundi kencing saya penuh juga ketika saya batuk atau ketawa. Baru-baru ini saya telah mula melakukan senaman otot lantai pelvik dan bolehkah saya menimang anak lagi? -Lorna

    J: Anda boleh menimang anak lagi kerana mengandung tidak melibatkan otot lantai pelvik, jadi anda tidak perlu risau! Masalah lemah kawalan kencing disebabkan oleh otot lantai pelvik yang lemah dan dengan melakukan senaman otot lantai pelvik, anda boleh menguatkan otot-otot tersebut di mana masalah ini dapat dikurangkan.