Tubuh anda mengalami pelbagai perubahan yang menakjubkan serta
penuh misteri untuk membolehkan anda melahirkan anak.
Ketika bayi dalam kandungan membesar, ia akan memberi tekanan pada
pundi kencing ibunya. Bersin, batuk mahupun ketawa akan menambahkan
lagi tekanan pada pundi kencing menyebabkan seseorang itu terkucil.
Tip-tip Nutrisi dan Gaya Hidup
Minum banyak air
Pergi ke tandas setiap setengah jam sememangnya menjengkelkan,
tetapi kepekatan urin boleh menyebabkan iritasi pada pundi kencing
dan memburukkan lagi keadaan. Walau bagaimanapun, cuba tahan air
kencing anda untuk menambahkan kapasiti pundi anda dan jangan terlalu
segera untuk pergi ke tandas.
Lawatan ke tandas
Gerakkan badan anda ke depan dan belakang untuk mengosongkan pundi anda. Hal ini membantu
mengalihkan tekanan kandungan anda supaya pundi
kencing dapat dikosongkan kesemuanya serta mengurangkan kekerapan anda untuk ke tandas.
Senaman Otot Lantai Pelvik
Senaman ini apabila dilakukan ketika hamil boleh meningkatkan kawalan pundi kencing dan
membantu anda ketika melahirkan anak. Berterusan dalam melakukan senaman otot lantai pelvik
ini juga akan mempercepatkan proses anda untuk sembuh selepas melahirkan anak.
Urutan Perineal
Cuba lakukan senaman perineal pada minggu ke-34 ketika anda hamil. Perineum anda
(tisudan otot di antara faraj dan dubur) boleh tercedera atau dikoyakkan ketika
proses kelahiran bayi. Lebih sedikit kecederaan atau kawasan yang dikoyakkan,
lebih mudah otot lantai pelvik anda pulih atau kembali ke keadaan asal.
Berapakah berat badan anda kini?
Berat badan anda boleh menyumbang kepada impak yang serius pada pundi kencing dan otot
lantai pelvik anda. Penambahan berat badan juga berlaku apabila hormon anda di dalam
keadaan tidak menentu dan kandungan anda semakin membesar. Jadi, perhatikan pada
pembesaran kandungan dan juga anda supaya anda tidak
perlu bertungkus-lumus menurunkan berat badan apabila bayi anda dilahirkan.
Peraturan pemakanan
Segelintir makanan boleh mengganggu pundi kencing anda. Buah-buahan sitrus,
tomato dan makanan pedas akan memberikan kesan buruk kepada pundi anda.
Anda akan mendapat tahu makanan apa yang mengganggu masalah
lemah kawalan kencing anda dengan membuat satu diari pundi kencing.
Dapatkan lebih serat
Dengan kandungan yang semakain membesar, sembelit akan sentiasa berlaku ketika mengandung.
Tekanan pada otot lantai pelvik ketika meneran akan memberi kesan yang sangat buruk dan
menyebabkan seseorang mengalami masalah lemah kawalan kencing. Mengambil lebih banyak
serat dapat mengurangkan daripada berlakunya sembelit. Buah-buahan dan sayuran segar
merupakan makanan yang kaya dengan serat dan penting untuk kesihatan usus anda.