Welcome

Ingin Bertanya Soalan?

Sudahkah anda mengalami peralihan menopaus dan adakah anda risau tentang masalah kawalan kencing?

Mencari penyelesaian untuk meminimumkan impak menopaus?

Dapatkan bantuan pakar-pakar kami untuk membolehkan anda memahami perubahan Semulajadi dalam hidup anda.

Tanya pakar kami

just an icon

Perubahan semulajadi dalam menempuhi menopaus merupakan
sebahagian daripada kehidupan seseorang wanita. Walau bagaimanapun, ketika mengalami ‘hot flush’, kemurungan, dan pendarahan yang tidak berkala, apabila perubahan hormon ini juga mengganggu kawalan pundi kencing, ia sungguh mengusarkan.

Kenapa Berlakunya Perubahan Semulajadi?

Keadaan menopaus sememangnya waktu yang sukar bagi mereka yang berumur 40-an, 50-an, dan 60-an. Anda mungkin mengalami simptom seperti perubahan mood, perasaan yang menjelikkan dan perubahan haid yang tidak menentu, ‘hot flush’ setiap hari, atau sakit kepala yang terlampau. Atau, anda mungkin merupakan individu yang sangat bertuah kerana tidak mengalami apa-apa simptom.

Walaubagaimanapun, terdapat satu simptom yang jarang dibincangkan adalah kesan kepada masalah pengawalan pundi kencing apabila mereka mengharungi menopaus.

Perubahan hormon, terutamanya pengurangan estrogen , mempengaruhi wanita menopaus. Perubahan ini boleh menyebabkan kawalan pundi kencing, disebabkan oleh otot abdomen yang kekurangan estrogen . Otot lantai pelvik menjadi kurang efektif.

Lihat Tip-tip Nutrisi dan Gaya Hidup Poise® di bawah untuk membantu wanita menopaus mengurus dan mengawal masalah lemah kawalan kencing.

Berbincanglah dengan doktor dan pakar kesihatan anda bagi membantu mengenalpasti jenis inkontinens, cara pengawalan dan membaikpulih kondisi anda.

Tip-tip Nutrisi dan Gaya Hidup

Senaman

Berjalan, yoga dan senaman-senaman lain akan mengurangkan simptom-simptom menopaus. Secara am, senaman adalah baik untuk mengekalkan kekuatan otot-otot termasuklah otot lantai pelvik anda. Produk Poise® menawarkan perlindungan maksimum demi keselesaan anda.

Minum banyak air

Walaupun anda fikir bahawa pengurangan dalam pengambilan air membantu, ia sebenarnya memburukkan lagi keadaan pundi anda kerana ketinggian tahap kepekatan urin. Minum 1.5 liter, atau 6-8 gelas air sehari akan memastikan buah pinggang dan pundi anda dalam keadaan baik.

Perhatikan berat badan anda

Menambah berat badan memberikan impak yang serius pada pundi kencing anda dan otot-otot yang lain. Keadaan hormon yang tidak menentu ketika menopaus menyebabkan seseorang untuk makan secara berlebihan lantas, menambahkan berat badan mereka. Oleh itu, kerap perhatikan berat badan anda.

Jangan memburukkan lagi keadaan

Fluid retention dan tekanan darah tinggi berlaku disebabkan oleh perubahan hormon ketika menopaus. Jadi, kurangkan pengambilan makanan yang berlemak tepu dan rendah garam untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.

Jangan pergi ke tandas sekiranya tidak perlu

Elakkan mengamal tabiat ke tandas jika tidak perlu. Ini bagi membolehkan anda melatih pundi kencing anda menampung lebih banyak kapasiti air kencing. Cuba bertahan sehingga pundi kencing anda boleh menmpung sekurang-kurangnya 300ml (lebih kurang 10 saat aliran air kencing).

Peraturan pemakanan

Sesetangah jenis makanan dan minuman boleh menyebabkan berlakunya iritasi terhadap pundi anda. Buah-buahan sitrus, tomato, atau makanan pedas boleh memberi kesan buruk kepada diri anda. Anda akan mendapat tahu makanan apa yang mengganggu masalah lemah kawalan kencing anda dengan membuat satu diari pundi kencing.

Minuman secawan teh atau sesuatu yang lebih kuat

Pengambilan alkohol dan kafein menyumbang kepada dehidrasi badan dengan terhasilnya air kencing, tetapi pada masa yang sama, ianya menyebabkan berlakunya iritasi terhadap pundi kencing. Perhatikan sama ada minuman ini memberi kesan dengan pengambilan secawan minuman berkenaan atau sebaik-baiknya anda berhenti deripada mengambil minuman jenis ini.

Akupunktur

Akupunktur terbukti baik untuk wanita menopaus di mana satu kajian yang dibuat di sebuah universiti di AS menunjukkan wanita yang menjalani rawatan ini dalam 7 minggu dapat mengurangkan in the severity of their nocturnal hot flushes.