Welcome

Tidak jumpa jawapan yang anda cari?

Tanya pakar kami

just an icon

Kami, Poise® memberikan anda peluang untuk bertanya soalan kepada pakar-pakar kami mengenai masalah kawalan kencing.





Dr Peter Ng merupakan seorang perunding pakar bedah Urology di salah sebuah hospital swasta yang aktif melibatkan diri dalam pendidikan kesihatan komuniti selama beberapa tahun. Beliau telah berkali-kali muncul di corong-corong radio, televisyen dan forum-forum umum. Beliau juga merupakan Presiden Continence Foundation of Malaysia dan bekas Setiausaha Malaysian Urological Association.




Anda juga boleh membaca soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh mereka yang lain yang telah dijawab.

Soalan dan Jawapan

  • S: Saya menderita daripada masalah lemah kawalan kencing walaupun saya telah menjalani pembedahan beberapa tahun yang lalu untuk menguatkan kembali pundi kencing saya I had a prolapse. Pakar bedah tersebut tidak melakukan pembedahan dengan baik dan keadaan saya menjadi bertambah buruk.

    Saya juga menderita masalah pendarahan dan doktor saya menyatakan bahawa tiada apa yang boleh dilakukan disebabkan oleh kesihatan saya. Dia juga menyatakan ianya mustahil bagi saya untuk membuang uterus saya dan saya akan menderita masalah ini sepanjang hidup saya berbanding wanita-wanita yang lain. Oleh yang sedemikian, saya memerlukan pad yang dapat membantu saya dengan masalah lemah kawalan kencing dan pendarahan, juga yang manakah yang sesuai dengan saya? -Murna

    J: Murna, penggunaan produk Poise® seperti pad Poise® adalah sesuai untuk keadaan anda di mana pad kami direka khusus untuk masalah lemah kawalan kencing tetapi boleh juga untuk haid seperti yang anda nyatakan di atas. Pad Poise mempunyai kadar serapan yang lebih tinggi berbanding pad-pad jenama lain. Anda tidak menyatakan jenis inkontinens yang anda alami tetapi saya mengesyorkan anda memakai Poise liner. Jika masalah terkucil ini semakin bertambah, saya mengesyorkan anda memakai Poise Slim pad.

    Layari link di bawah untuk memudahkan anda membuat keputusan pemilihan produk: http://www.poise.com.my/select-product/Default.aspx. Anda juga boleh mendapatkan sampel percuma dengan melayari laman web kami bagi membolehkan anda mencuba saiz yang sesuai untuk anda sebelum membelinya.

  • S: Ibu saya baru sahaja menjalani pembedahan untuk to insert a Pacemaker kerana menderita masalah degupan jantung perlahan dan dia mengalami inkontinens tanpa sebarang perhatian daripada pihak hospital. Ibu saya kini berumur 83 tahun dan masih dalam keadaan sihat. Apabila ibu saya duduk dia dalam keadaan okay tetapi akan terkucil apabila hendak berdiri. -Ruby

    J: Ruby, ibu anda dikatakan mengalami inkontinens jenis stres kerana pada peringkat umurnya, otot-ototnya lemah. Apabila ibu anda berdiri, penambahan tekanan pada otot lantai pelvik ibu anda tidak lagi sekuat dahulu dan dia akan terkucil. Untuk membantu ibu anda mengurus keadaan ini, adalah baik untuknya menggunakan produk Poise sebagai contoh untuk kadar penyerapan yang maksimum. Lakukan senaman otot lantai pelvik jika dia mampu melakukannya agar dpat menguatkan otot-ototnya. Berbincang dengan doktornya untuk mengetahui sama ada sebarang pengambilan ubat memberikan kesan sampingan dan mungkin ada jalan penyelesaian yang mudah untuk menangani masalah ibu anda.

  • S: Liner yang manakah yang boleh saya pakai untuk mengatasi masalah bau disebabkan inkontinens? -Yvonne

    J: Yvonne, dari Poise liners hingga ke Poise regular liners dan Poise Long Liners, semuanya mempunyai kadar serapan yang tinggi yang membantu menghilangkan bau. Adalah penting untuk anda memilih liner yang berfungsi untuk mengawal masalah lemah kawalan kencing di mana liner ini mempunyai dua hingga tiga kali lebih kadar serapan berbanding pad wanita lain lantas dapat mengawal bauan yang terhasil.

  • S: Saya kerap melakukan larian dan pad wanita tidak mamapu untuk menyerap air kencing saya. Ianya sangat memalukan untuk apabila seluar saya basah setelah selesai berlari. Saya tidak mahu berhenti daripada berlari dan apa yang patut saya lakukan?

    Saya ke tandas 3 hingga 4 kali sebelum melakukan apa-apa aktivit larian disebabkan masalah ini. Saya cuba untuk tidak minum air 3 hingga 4 jam sebelum larian tetapi perkara ini boleh menyebabkan dehidrasi dan hanya mengurangkan urin yang terhasil. -Carmen

    J: Saya mencadangkan anda supaya mencari pad yang sesuai dengan masalah lemah kawalan kencing anda untuk memastikan kesihatan pundi anda. Pad-pad untuk kegunaan haid tidak sesuai untuk menyerap air kencing jadi anda memrlukan pad yang direka khas bagi menyerap urin. Dengan produk Poise yang digunakan untuk mengurus masalah ini membolehkan anda hidup dengan lebih selesa dan aktif sepanjang masa. Produk ini mempunyai sepuluh jenis saiz dan tahap penyerapan yang berbeza, oleh itu, saya mengesyorkan anda untuk melayari laman sesawang kami untuk mencari produk yang sesuai untuk anda iaitu: http://www.poise.com.my/select-product/

    Terdapat pelbagai cara untuk mengawal kembali pundi kencing anda. Untuk maklumat lanjut, sila ke bahagian “Mengurus Masalah Lemah Kawalan Kencing”. Anda juga akan mendapat maklumat berkenaan senaman otot lantai pelvik untuk menguatkan kembali otot anda serta mengelakkan masalah ini daripada berlarutan. Akhir sekali, anda hendaklah minum air supaya otot pundi anda tidak menjadi lemah. Adalah digalakkan bagi anda minum sekurang-kurangnya 1500ml sehari dan bagi anda yang melakukan senaman digalakkan untuk meminum sekurang-kurangnya 2000-2500 ml sehari. Namun begitu, minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, the dan minuman ringan tidak diambilkira. Elakkan daripada pengambilan minuman tersebut dan jika anda terambil minuman berkafein ini, anda sewajarnya mengambil air kosong yang dapat mengimbangi minuman yang telah diambil.