Welcome

Ingin Bertanya Soalan?

Sudahkah anda mengalami peralihan menopaus dan adakah anda risau tentang masalah lemah kawalan kencing?

Mencari penyelesaian untuk meminimumkan impak menopaus?

Dapatkan bantuan pakar-pakar kami untuk membolehkan anda memahami perubahan semulajadi dalam hidup anda.

Tanya pakar kami

just an icon

Ketika bersalin, pergerakan bayi melalui ruang peranakan
memberi tekanan kepada otot lantai pelvik dan boleh
menyebabkan hilang kawalan kencing. Sesetengah
wanita mampu mengatasi regangan ini lebih baik
dari wanita yang lain.

Mengapa Ibu?

Melahirkan anak memberikan regangan kepada otot lantai pelvik anda. Ketika proses bersalin secara normal, ‘episiotomy’ atau ‘kekoyakan perineum’ (pemotongan ‘perineum’ untuk memudahkan bayi keluar), dan kecederaan saraf-saraf di pundi kencing boleh menjadikan masalah lemah kawalan kencing sebagai perkara biasa yang dialami oleh kaum ibu.

Kebanyakan wanita dapat mengawalnya kembali tetapi segelintir masalah lemah kawalan kencing ini boleh berlarutan dan menjadikan ia bertambah buruk. Kerap batuk atau bersin, sembelit, penambahan berat badan dan mengangkat anak anda memberikan tekanan kepada otot lantai pelvik yang lemah.

Bincang dengan doktor atau pakar kesihatan anda supaya mereka dapat membantu anda untuk menentukan, mengawal dan merawat masalah lemah kawalan kencing agar sesuai dengan gaya hidup anda.

Lihat Tip-tip Nutrisi dan Gaya Hidup Poise® di bawah untuk membantu anda dalam mengurus dan mengawal masalah ini.

Tip-tip Nutrisi dan Gaya Hidup

Protein

Anda hendaklah makan daging, ikan, ayam dan/atau sebarang makanan yang kaya dengan protein untuk membina dan menguatkan otot-otot yang lemah, termasuklah otot lantai pelvik anda.

Senaman Otot Lantai Pelvik

Senaman Otot Lantai Pelvik merupakan cara yang terbaik untuk membaiki dan menguatkan otot-otot lantai pelvik dan membolehkan anda mengawal kembali masalah lemah kawalan kencing. Anda masih belum terlambat untuk melakukan senaman ini.

Minum banyak air

Jika anda menyusukan anak anda, adalah penting untuk anda minum air dengan kuantiti yang banyak kerana badan anda bukan sahaja membuat susu, tetapi kekurangan pengambilan air akan menyebabkan air kencing menjadi pekat lantas merosakkan pundi kencing serta uretra (saluran pundi kencing) anda. Secara tidak langsung, masalah pundi kencing anda akan menjadi lebih teruk.

Senaman untuk wanita yang baru bersalin

Anda boleh mula melakukan senaman secara perlahan-lahan tetapi berterusan. Ini boleh membantu mengurangkan berat badan dan kembali mengaktifkan otot-otot anda serta membantu menguatkan otot lantai pelvik anda. Senaman juga bagus untuk menceriakan hari-hari anda bersama bayi anda.

Peraturan pemakanan

Beberapa jenis makanan dan minuman boleh menyebabkan iritasi pundi kencing. Buah-buahan sitrus, tomato dan makanan pedas akan memberikan kesan kepada diri anda. Anda akan mendapat tahu makanan apa yang mengganggu masalah lemah kawalan kencing anda dengan membuat satu diari pundi kencing.

Diet yang seimbang

Ambil pemakanan yang kaya dengan serat seperti bijirin (termasuk roti, nasi, pasta dan mi), terutama sekali makanan bijirin penuh. Kesemua makanan ini juga mengandungi protein untuk pembentukan semula otot lantai pelvik anda.