Welcome

Tahukah Anda…

Diet pemakanan mempengaruhi keadaan pundi kencing anda. Dari jus sitrus hinggalah ke cili, semua jenis pemakanan mampu memberikan kesan buruk kepada pundi kencing anda.

Menyimpan diari pundi kencing membolehkan anda mengetahui apa yang mempengaruhi diri lantas membolehkan anda mengurus masalah lemah kawalan kencing.

Tanya pakar

just an icon

Masalah kawalan kencing bukanlah sesuatu yang tidak dapat
dielakkan apabila seseorang semakin berumur atau hamil.

Sejumlah wanita yang mengalami masalah ini yang mendapatkan
nasihat doktor boleh menjalani latihan dan rawatan pundi kencing.
Hal ini membolehkan seseorang itu kembali mengawal masalah
mereka, secara langsung pulih dari masalah kawalan kencing ini.

Merawat Masalah Lemah Kawalan Kencing

Produk-produk Poise® dapat membantu anda menangani masalah lemah kawalan kencing dengan memberi perlindungan dari kebocoran yang terbaik. Anda juga boleh mengamalkan senaman otot lantai pelvik atau apa juga cara rawatan yang disyorkan oleh doktor anda. Ini membolehkan anda mengawal pundi kencing anda dan tidak membenarkan pundi kencing mengawal kehidupan anda.

Kini, lebih ramai wanita yang tahu mengenai masalah lemah kawalan kencing. Terdapat juga ramai pengamal perubatan yang boleh membantu anda untuk mengurus dan merawat masalah ini supaya anda boleh terus melakukan segala aktiviti yang anda gemari.

Bio feedback

Doktor anda pasti mengesyorkan biofeedback dalam memberikan bantuan kepada anda mengenalpasti dan mengawal otot-otot di sekitar pundi kencing anda. Sebagai contoh, sensor kecil di letakkan di tubuh anda. Apabila anda mengecutkan otot-otot di sekitar pembukaan pundi kencing anda, sensor tersebut akan memancarkan signal, yang biasanya akan menghasilkan bunyi atau memaparkan sebarang pergerakan visual, yang menunjukkan anda sama ada anda mengecutkan otot dengan betul. Dengan ini, anda dapat memaksimumkan senaman otot lantai pelvik anda.

Pengambilan ubat-ubatan

Kadangkala, doktor anda mungkin menyuruh anda mengambil ubat-ubatan sahaja, atau menggabungkan rawatan-rawatan yang lain bagi memulihkan masalah kawalan ini. Pastikan doktor anda tahu tentang preskripsi ubatan yang anda ambil kerana sebarang kesilapan boleh memburukkan lagi masalah tersebut. Semua ubat-ubatan anda hendakalah diambil didalam pemerhatian pakar kesihatan anda.

Pembedahan

Doktor anda mungkin mencadangkan supaya anda menjalani pembedahan sebagai salah satu cara merawat masalah ini di mana anda kemudiannya akan merujuk kepada pakar bedah bagi mendapatkan nasihat berkenaan rawatan ini dan kelebihan serta risiko yang bakal anda tanggung. Sesetengah pembedahan boleh dilakukan menggunakan bius keseluruhan badan. Walaubagaimanapun, pembedahan selalunya merupakan cara yang terakhir selepas segala rawatan lain gagal.

Senaman Otot Lantai Pelvik

Senaman Otot Lantai Pelvik dapat memberikan anda bantuan yang paling efektif dalam mengawal kembali masalah lemah kawalan kencing kerana senaman ini menguatkan kembali otot-otot yang menyokong pundi kencing dan uretra anda.

Diari Pundi Kencing

Buatlah diari pundi kencing kerana ia dapat membantu anda berwaspada pada saat-saat anda mengalami inkontinens yang teruk . Hal ini membolehkan anda pelajari cara-cara mengurus masalah kawalan kencing seperti menjalani rawatan dan menggunakan produk yang sesuai dengan diri anda pada ketika anda mengalaminya.

Latihan pundi kencing

Latihan pundi kencing berkesan dalam mengurangkan kekerapan seseorang untuk ke tandas. Jika doktor anda mencadangkan anda melakukan latihan ini, anda perlu memulakan dengan mengisi diari pundi kencing supaya program yang berkesan dapat direka untuk anda.