Welcome

Tujuan melatih pundi kencing anda adalah untuk meningkatkan
daya kawalan dan menambahkan jumlah air kencing yang boleh
ditampung oleh pundi kencing tanpa rasa ingin ke tandas
atau kebocoran.

Menyimpan Diari Pundi Kencing

Diari yang lengkap dan tepat tentang masalah lemah kawalan kencing anda akan memberi maklumat yang lebih mendalam kepada doktor dan pakar kesihatan dan membolehkan mereka menyiapkan latihan pundi kencing yang khusus untuk anda.

Cuba lengkapkan diari anda untuk jangka masa seminggu sebelum berjumpa doktor, dan bawa diari bersama pada temujanji tersebut.

Berdasarkan apa yang tercatat di dalamnya, doktor atau pakar kesihatan anda dapat mengetahui lebih lanjut berkenaan masalah kawalan kencing anda dan boleh mengesyorkan program latihan pundi kencing yang sesuai untuk anda.

Muat turun Borang Diari Pundi Kencing

Arahan untuk membuat Diari Pundi Kencing

  • Buat sekurang-kurangnya 7 salinan borang diari pundi kencing (lihat di atas) supaya anda dapat menyimpan diari itu untuk tempoh seminggu.
  • Catatkan tarikh dan masa bila anda membuang air kecil atau mengalami kebocoran.
  • Catatkan keadaan kesihatan keseluruhan terutamanya jika anda sedang mengalami – selsema, demam, atau lain-lain.
  • Catatkan (ya/tidak) di ruangan “Tandas” sekiranya anda membuang air kecil di tandas.
  • Nyatakan tahap kebocoran (tiada/lembap/basah) di ruangan “Kebocoran”.
  • Nyatakan sekiranya anda menukar liner, pad atau pakaian anda.
  • Perhatikan aktiviti yang sedang anda lakukan ketika anda terkucil– Memandu, bersenam, batuk, bekerja, bersantai dan lain-lain.
  • Mengukur jumlan air yang diminum atau air kencing boleh membantu doktor atau jururawat menilai keadaan anda. Catatkan ukuran-ukuran tersebut di ruangan “Fluid Intake” dan “Fluid Output.

(Nota: Sebagai ganti dalam pengukuran, anda boleh mengira masa yang diambil ketika anda membuang air kecil. Sepuluh saat dianggarkan bersamaan dengan 300 ml. pastikan anda mengira dengan seragam, sebagai contoh: 1000 satu, 100 dua, 1000 tiga dan seterusnya.)

Langkah yang seterusnya adalah menentukan program latihan pundi kencing dengan doktor anda.