Welcome

Ingin Bertanya Soalan?

Sudahkah anda mengalami peralihan menopaus dan adakah anda risau tentang masalah kawalan kencing?

Mencari penyelesaian untuk meminimumkan impak menopaus?

Dapatkan bantuan pakar-pakar kami untuk membolehkan anda memahami perubahan Semulajadi dalam hidup anda.

Tanya pakar kami

just an icon

Tujuan melatih pundi kencing anda adalah untuk meningkatkan
daya kawalan dan menambahkan jumlah air kencing yang boleh
ditampung oleh pundi kencing tanpa rasa ingin ke tandas
atau kebocoran.

Melatih Pundi Kencing Anda

Berundinglah dengan doktor atau pakar kesihatan anda sebelum anda memulakan sebarang program latihan pundi kencing.

Membuat Diari Pundi Kencing

Langkah yang pertama adalah dengan melengkapkan diari pundi kencing untuk jangka masa seminggu bagi mendapatkan informasi berkenaan masalah lemah kawalan kencing anda. Dengan cara ini, anda dan doktor anda boleh meletakkan sasaran dalam program latihan untuk pundi kencing anda.

Program Latihan Pundi Kencing

Berdasarkan informasi yang telah dicatat di dalam diari pundi kencing tersebut, doktor atau pakar kesihatan anda dapat merangka program latihan pundi kencing yang bersesuai dengan diri anda.