Welcome

Tahukah Anda…

Bahawa pengurangan pengambilan cecair menyebabkan Masalah Lemah Kawalan Kencing menjadi lebih teruk.

Baca mitos-mitos dan ketahui lebih lanjut berkenaan masalah kawalan.

Ketahui lagi

just an icon

Senaman otot lantai pelvik telah direka untuk menguatkan otot-otot
disekeliling pembukaan pundi kencing. Simptom anda boleh dikurangkan
dengan melakukan senaman tersebut.

Akan tetapi, untuk mendapatkan hasil yang terbaik ia haruslah dilakukan
dengan cara yang betul.

Bagaimana cara untuk mengenalpaslti Otot Lantai Pelvik anda

Langkah pertama sebelum memulakan senaman Otot Lantai Pelvik ini adalah dengan mengenalpasti otot tersebut. Adalah sukar untuk anda mengenalpasti sama ada otot tersebut berfungsi ataupun tidak apabila otot-otot anda dalam keadaan lemah. Ianya mungkin memerlukan anda melakukan beberapa percubaan untuk mengetahui kedudukannya. Anda digalakkan untuk tidak menggunakan otot perut, punggung atau kaki dalam penggunaan kaedah di bawah.

Berjumpalah dengan pakar kesihatan anda jika anda mengalami kesulitan mengenalpasti otot lantai pelvik anda.

  • Kaedah 1 – Anda boleh mengenalpasti otot tersebut dengan memberhentikan pengaliran air kencing. Apabila ia berhenti, maka anda telah menggunakan otot tersebut. Nota: Memberhentikan pengaliran urin adalah cara untuk mengenalpasti otot tersebut. Anda tidak digalakkan membuat senaman tersebut ketika membuang air kecil.
  • Kaedah 2 – Satu lagi cara untuk mengenalpasti otot lantai pelvik adalah dengan mengetatkan bahagian hujung dubur anda (pada gerakan akhir ketika membuang air besar). Hal ini adalah kerana otot-otot tersebut adalah daripada kumpulan yang sama, otot di bahagian dubur selalu berfungsi bersama-sama otot di pundi kencing anda.
  • Kaedah 3 – Penekanan otot lantai pelvik yang tepat akan menolaknya ke atas. Anda boleh menggunakan cermin tangan untuk melihat pergerakan otot apabila melakukan senaman ini.

Senaman

Setelah anda mengenalpasti Otot Lantai Pelvik anda, anda bolehlah memulakan senaman itu.

Lawati Bantuan Interaktif Poise®

Ketahui lokasi otot lantai pelvik dan lakukan senaman ini dengan mendapatkan bantuan interaktif Poise®.