Welcome

Ingin Bertanya Soalan?

Adakah anda berasa malu apabila rakan anda bercakap tentang masalah lemah kawalan kencing anda?

Adakah pengambilan air yang kurang dapat membantu menyelesaikan masalah ini?

Ketahui fakta yang sebenarnya dengan bertanya dengan pakar kami.

Tanya pakar kami

just an icon

Senaman otot lantai pelvik telah direka untuk menguatkan otot-otot
disekeliling pembukaan pundi kencing. Simptom anda boleh dikurangkan
dengan melakukan senaman tersebut.

Akan tetapi, untuk mendapatkan hasil yang terbaik ia haruslah dilakukan
dengan cara yang betul.

Melakukan senaman untuk Otot Lantai Pelvik anda

Senaman otot lantai pelvik boleh dilakukan dengan aktivit-aktivit yang lain seperti menonton televisyen, menyeterika baju, malah ketika anda rileks menjadikan rawatan untuk pundi kencing ini antara yang tidak menyusahkan dan efektif.

Otot lantai pelvik anda memerlukan berbagai-bagai jenis senaman untuk menggerakkannya dan antaranya adalah senaman jenis cepat, dan senaman jenis perlahan. Senaman jenis cepat adalah senaman di mana otot anda diperketatkan dengan segera kemudian kembali rileks, dan senaman jenis perlahan adalah senaman di mana otot lantai pelvik anda diketatkan dengan sekurang-kurangnya selama 10 saat kemudian kembali rileks, like cardio and weight work at the gym.

Bagaimana untuk Melakukan Senaman untuk Otot Lantai Pelvik Anda

Setiap otot lantai pelvik harus diketatkan dengan sekuat hati kerana hanya cara tersebut otot akan kembali kuat dan menambahbaikkan keadaan anda.

  • Mula-mula sekali berdiri, duduk atau baring dengan kaki anda dijarakkan sedikit dan otot-otot peha, punggung dan abdomen direhatkan.
  • Ketatkan otot-otot di permukaan hadapan dan belakang anda dan gerakkan otot ke atas.
  • Lakukan sebanyak 10 kali secara perlahan dan 10 kali secara cepat.
  • Lakukan senaman ini sekurang-kurangnya 4-5 kali sehari.
  • Anda boleh lakukan senaman ini ketika menonton televisyen, membaca buku, malah ketika berada di dalam kesesakan trafik.

Nota: Ketika melakukan senaman ini:

  • Jangan tahan nafas anda
  • Jangan tolak ke bawah tetapi tekan dan tolak ke atas
  • Jangan ketatkan otot-otot perut, punggung dan peha anda
  • Jangan lakukan senaman ini terlalu kerap pada percubaan pertama, tetapi menambahkan bilangan senaman secara beransur-ansur.

Lawati Bantuan Interaktif Poise®

Ketahui lokasi otot lantai pelvik dan lakukan senaman ini dengan mendapatkan bantuan interaktif Poise®.

Berunding dengan doktor atau pakar kesihatan anda

Sila berunding dengan doktor atau pakar kesihatan anda sebelum melakukan senama otot lantai pelvik ini. Oleh kerana ia akan mengambil masa beberapa minggu untuk melihat kesannya, adalah amat penting untuk anda berterusan dalam melakukan senaman ini. Pemeriksaan ulangan dengan doktor pakar anda adalah penting untuk menilai faedah senaman tersebut begitu juga peluang untuk kaji kembali teknik senaman lantai yang telah anda lakukan. Jika simptom anda tidak berubah, sila minta bantuan doktor atau pakar kesihatan untuk membantu anda. Ramai wanita memerlukan bantuan pakar kesihatan untuk mengenalpasti otot-otot yang betul untuk digunakan dan membantu untuk menghasilkan program senaman yang paling sesuai bagi setiap individu.