Welcome

Tahukah Anda…

Diet pemakanan mempengaruhi keadaan pundi kencing anda. Dari jus sitrus hinggalah ke cili, semua jenis pemakanan mampu memberikan kesan buruk kepada pundi kencing anda.

Menyimpan diari pundi kencing membolehkan anda mengetahui apa yang mempengaruhi diri lantas membolehkan anda mengurus masalah lemah kawalan kencing.

Tanya pakar

just an icon

Faedah Senaman Otot Lantai Pelvik

Melakukan senaman otot lantai pelvik secara tetap atau berterusan adalah penting bagi wanita pelbagai usia. Kelemahan otot ini adalah disebabkan oleh pelbagai faktor seperti melahirkan anak, mengangkat objek berat, gangguan hormon, umur individu ataupun masalah berat badan. Senaman ini secara langsung menguatkan kembali otot lantai pelvik anda.

Wanita dengan masalah inkontinen jenis stres, iaitu yang selalunya mengalami kebocoran ketika bersin, batuk atau bersenam akan mendapat faedah dengan mengamalkan senaman ini di mana ia akan menguatkan otot-otot yang terlibat dalam masalah lemah kawalan kencing.

Bagi anda yang sedang hamil, senaman ini dapat membantu anda menampung berat kandungan yang semakin meningkat. Jika otot lantai pelvik anda dalam keadaan sihat dan baik sebelum melahirkan anak, terdapat kemungkinan yang otot tersebut akan kembali ke keadaan normal selepas melahirkan anak.

Ibu-ibu juga akan mendapat manfaat daripada senaman ini. Bukan sahaja untuk memulihkan kembali keadaan tubuh badan selepas melahirkan anak, tetapi juga untuk menguatkan otot-otot supaya dapat meminimumkan tekanan beban apabila mengangkat anak anda.

Apabila seseorang wanita itu meningkat usia, adalah mustahak untuk memastikan otot lantai pelvik mereka kuat kerana ketika menopaus (putus haid), otot akan berubah dan mungkin menjadi lemah. Rutin senaman otot lantai pelvik membantu mengurangkan kesan menopaus pada pelvik dan pundi kencing anda.

Untuk mendapatkan manfaat maksimum daripada senaman otot lantai pelvik ini, adalah digalakkan juga anda melakukan senaman-senaman rutin yang lain (seperti berjalan atau berenang), menggunakan otot tersebut ketika mengangkat beban atau bersin dan juga melakukan senaman anda di dalam pelbagai keadaan (duduk di kerusi atau berdiri). Sila mendapatkan nasihat daripada doktor atau pakar kesihatan anda sebelum memulakan senama otot lantai pelvik.

Bagaimana cara untuk mengenalpasti otot lantai pelvik anda

Cuba kaedah kami dan ketahui bagaimana cara untuk mengenalpasti otot lantai pelvik anda dan apa yang anda rasa.

Senaman untuk Otot Lantai Pelvik anda

Ketahui bagaimana cara melakukan senaman untuk otot lantai pelvik anda pada bila-bila masa tidak kira di mana jua.

Lawati bantuan interaktif Poise®

Ketahui lokasi otot lantai pelvik dan lakukan senaman ini dengan mendapatkan bantuan interaktif Poise®.