Welcome

Ingin Bertanya Soalan?

Bilakah anda perlu risau tentang masalah lemah kawalan kencing ini?

Adakah anda rasa masalah ini berpunca daripada keturunan?

Malu mengenai masalah kawalan ini?

Jangan risau. Ketahui perkara yang sebenarnya dengan bertanya kepada pakar kami.

Tanya pakar

just an icon

Tedapat pelbagai salah faham yang berlaku berkenaan hal
masalah lemah kawalan (inkontinens) yang mennyumbang
kepada wanita-wanita menyesuaikan hidup mereka daripada
mencari cara pengurusan atau jalan penyelesaian
untuk menangani masalah inkontinens ini.

Soalan-soalan Lazim

Ramaikah yang mengalami masalah lemah kawalan kencing?

Dianggarkan, 1 daripada 4 wanita berumur 35 tahun ke atas mengalami masalah lemah kawalan kencing (inkontinens) dan ini bermakna, anda tidak keseorangan.

Mengapakah lemah kawalan kencing biasa berlaku dalam kalangan wanita berbanding lelaki?

Hal ini adalah kerana sistem urinari wanita adalah berbeza daripada lelaki dalam pelbagai aspek dan wanita lebih mudah terdedah kepada masalah-masalah (kecederaan pada saraf ketika bersalin, berat yang berlebihan, jangkitan dan lain-lain) yang boleh menjerumus kepada masalah kawalan ini.

Adakah lemah kawalan kencing sebahagian daripada proses penuaan?

Tidak. Masalah lemah kawalan kencing bukanlah sesuatu keadaan biasa dalam proses penuaan. Sebilangan besar individu dengan masalah ini yang mendapatkan bantuan perubatan akan mengalami perubahan positif, termasuk pemulihan yang sepenuhnya.

Adakah bersalin boleh mengakibatkan lemah kawalan kencing?

Tidak. Dianggarkan 1 dalam 3 orang wanita yang melahirkan anak mengalami sedikit masalah terkucil. Walau bagaimanapun, majoriti wanita yang melahirkan anak tidak mengalami sebarang masalah lemah kawalan, dan kebanyakan mereka menghadapi sedikit masalah dan ianya adalah sementara sahaja iaitu pada sebelum atau selepas melahirkan anak.

Bolehkah produk menstrual menyerap air kencing?

Pad dan liner biasa TIDAK direka khas untuk menyerap urin – ianya hanya boleh digunakan untuk menyerap darah. Produk-produk yang khusus untuk menyerap air kencing akan memberikan anda perlindungan sepenuhnya dan menambahkan keyakinan anda bagi membolehkan anda melakukan aktiviti harian seperti biasa.

Pad dan liner Poise® direka khas untuk masalah lemah kawalan kencing. Ia boleh diperolehi di rangkaian farmasi dan juga pasar raya. Alat pemilihan produk Poise® dapat membantu anda memilih produk Poise® yang sesuai untuk anda.

Saya sering mendengar tentang “overactive bladder” – Apakah dia?

Overactive bladder merupakan nama lain bagi inkontinens jenis desakan, irisati pundi atau kekejangan otot yang memaksa air kencing keluar dari pundi kencing.

Adakah diet saya mempengaruhi masalah lemah kawalan kencing?

Ya, memberikan perhatian dalam pemakanan dan minuman anda boleh membantu. Pastikan anda minum air dengan secukupnya – sekurang-kurangnya 1.5 liter sehari. Elakkan daripada minum yang boleh menyumbang kepada penghasilan air kencing yang banyak seperti minuman berkafein dan alkohol. Elakkan juga daripada mengambil minuman berasidik seperti jus limau dan jus tomato yang boleh menyebabkan iritasi pundi kencing.

Masalah sembelit juga menyebabkan berlakunya masalah lemah kawalan kencing. Makanlah makanan yang kaya dengan serat untuk mengurangkan masalah ini. Anda juga boleh melayari bahagian Mengapa Wanita untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Adakah berat badan memberi kesan kepada masalah kawalan ini?

Ya. Pengurangan berat badan boleh membantu. Pengurangan 5 hingga 10 peratus berat badan boleh memperbaiki kawalan kencing dengan cara mengurangkan tekanan dalam rongga perut.

Apakah rawatan yang sedia ada untuk mengatasi masalah lemah kawalan kencing?

Untuk semua jenis inkontinens, terdapat cara untuk merawat setiap satunya.

Membuat diari pundi kencing, mengamalkan latihan untuk pundi kencing dan melakukan senaman otot lantai pelvik terbukti berkesan dalam membaik pulih masalah inkontinens yang dialami. Kini, terdapat pelbagai pilihan rawatan dan pengurusan bagi menangani lemah kawalan ini.

Pembedahan masa kini tidak lagi invasif dengan kesan sampingan yang minimum dan proses pemulihan yang lebih cepat. Terdapat juga ubat-ubatan dan produk di pasaran untuk masalah ini.

Berjumpalah dengan doktor anda bagi membolehkan mereka menentukan rawatan yang terbaik untuk diri anda. Lihat bahagian Mengurus Masalah Lemah Kawalan Kencing untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pula dengan ubat-ubatan, bolehkan ia menjadi punca kepada masalah kawalan ini?

Anda diingatkan supaya lebih berhati-hati kerana mungkin sesetengah jenis ubatan boleh menyumbang kepada masalah lemah kawalan kencing. Justeru, berundinglah dengan doktor anda mengenai masalah inkontinens ini dan pastikan mereka tahu tentang preskripsi dan ubatan yang anda ambil. Akan tetapi, terdapat juga ubatan yang mampu membantu anda menangani masalah ini. Dapatkan nasihat daripada doktor anda berkenaan hal ini. .