Ingin Bertanya Soalan?

Sudahkah anda mengalami peralihan menopaus dan adakah anda risau tentang masalah kawalan kencing?

Mencari penyelesaian untuk meminimumkan impak menopaus?

Dapatkan bantuan pakar-pakar kami untuk membolehkan anda memahami perubahan natural dalam hidup anda.

Tanya pakar kami

just an icon

Ketahui aktiviti-aktiviti Poise® yang akan datang dan
dapatkan promosi-promosi istimewa

Promosi dan aktiviti


Terma & Syarat

 

1.       Peraduan ini terbuka kepada semua wanita Malaysia & Brunei kecuali kakitangan dan keluarga terdekat Kimberly-Clark Trading (M) Sdn Bhd (“Penganjur”), syarikat-syarikat sekutu, agen-agen, wakil-wakil dan agensi-agensi pengiklanan dan promosi jualan masing-masing. Peserta di bawah umur 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu sebelum menyertai.

 

2.       Peserta boleh menghantar seberapa banyak borang penyertaan yang mereka ingini. Salinan fotostat borang diterima tetapi setiap borang penyertaan mesti diisi lengkap; dan disertakan dengan berikut:

a)      Jawapan tepat untuk soalan yang dipaparkan di borang penyertaan; dan

b)      Resit asal sebagai Bukti Pembelian produk Poise®

 

3.       Peraduan ini berlangsung daripada 31 Oktober 2011 sehingga 25 Disember 2011 (8 minggu). Semua penyertaan mesti diterima selewatnya pada 5.30 petang, 25 Disember 2011. Penyertaan yang diterima selepas waktu ini tidak akan diambil kira. Semua penyertaan mesti diposkan kepada alamat berikut:

Peraduan ‘Cuti 1Keluarga’ Poise®

PO Box 8615, Pejabat POS Kelana Jaya,

46793 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

 

4.       Berikut adalah tarikh setiap tempoh mingguan: Minggu 1: 31/10 – 6/11/2011, Minggu 2: 7/11 – 13/11/2011, Minggu 3: 14/11 – 20/11/2011, Minggu 4: 21/11 – 27/11/2011, Minggu 5: 28/11 – 4/12/2011, Minggu 6: 5/12 – 11/12/2011, Minggu 7: 12/12 – 18/12/2011, Minggu 8: 19/12 – 25/12/2011

 

5.       Hanya penyertaan yang dihantar melalui pos biasa ke alamat yang dinyatakan akan diterima. Penyertaan yang dihantar melalui khidmat penghantar, kourier, penghantaran ekspres atau Pos Laju akan dibatalkan secara automatik. Bukti penghantaran pos bukan bukti penerimaan. Pihak penganjur dan agensi-agensi yang terlibat tidak akan bertanggungjawab ke atas penyertaan yang hilang, lambat, dicuri, rosak atau salah dialamatkan.

 

6.       Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah sahaja.

 

7.       Pihak penganjur berhak untuk menggantikan hadiah dengan mana-mana hadiah lain yang sama nilai pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Hadiah yang dimenangi tidak boleh dipindah hak milik dan mesti diterima seperti yang ditawarkan. Gambar-gambar dalam borang peraduan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.

 

8.       Terdapat sejumlah enam belas (16) Hadiah untuk dimenangi selama tempoh peraduan ini,  iaitu:

·         Penginapan hotel selama 3 hari 2 malam (2 bilik) bernilai RM2,000 x dua (2) setiap minggu: Pemenang akan diberi pakej penginapan di hotel pilihan pemenang. Pakej penginapan tidak sah untuk cuti umum. Pemenang perlu menanggung sebarang kos tambahan. Tempoh sah percutian adalah antara November 2011 hingga Mac 2012. Pakej penginapan hotel akan diuruskan oleh agen perlancongan yang dilantik oleh Penganjur.

 

9.       Pemenang akan dipilih dengan cara berikut:

a)      Semua borang lengkap, dengan jawapan betul dan sah dengan resit asal sebagai bukti pembelian produk Poise® akan diberikan satu (1) nombor bersiri.

b)      Dua (2) Pemenang Mingguan: Penyertaan yang ke-50 dan ke-100 pada setiap minggu adalah pemenang.

 

10.   Para pemenang akan dihubungi melalui telefon. Sekiranya pihak pemenang tidak dapat dihubungi pada percubaan pertama, contohnya, tiada jawapan, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada penyambungan dan lain-lain, percubaan kali kedua (2) akan dibuat lagi dalam tempoh dua puluh empat (24) jam yang berikutnya selepas panggilan pertama. Sekiranya masih tidak dapat dihubungi, pemenang tersebut akan dibatalkan.

 

11.   Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayani.

 

12.   Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan/kemenangan mana-mana pemenang sekiranya pemenang melanggar mana-mana Terma & Syarat peraduan.

 

13.   Serentak dengan penyertaan dalam peraduan ini, para pemenang turut memberikan kebenaran kepada pihak penganjur serta agensi-agensinya untuk menggunakan nama, penyertaan dan/atau gambar mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan. Para pemenang juga mungkin dikehendaki menghadiri upacara penyampaian hadiah atau menyertai program publisiti.

 

14.   Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk tertakluk kepada Terma & Syarat rasmi dan keputusan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

 

15.   Pemenang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarangan tanggungan cukai hasil (jika ada); akibat daripada penerimaan hadiah.

 

16.   Semua Terma & Syarat adalah dilindungi oleh undang-undang Malaysia.

 

17.   Untuk pertanyaan, sila hubungi talian hotline 016-3324059 (Isnin-Jumaat, 9 pagi – 5 petang) atau
E-mel:
enquiry.poise-contest@crcg.com.my.